profile affiliates my love refresh follow

disclaimer
Hye. I'm Myra. I'm just me. No better way to describe that. A crazy little princess yet decent enough. So, don't stare. xD

Messeji




Arigatou
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons. Edited by Myrazulaiqa.


SubhanAllah . :')
Friday, February 08, 2013 | 0 comments

//Assalamualaikum w.b.t and hello readers . 

finally, homeeeeeeee . yeayy, okay . overexcited . first, school . and blablabla . --' okay, SKIP . ignore about the school story . because it's just the same story . boring ~

#baiklah, pada entri kali ini, pada permulaannya sahaja saya akan menggunakan bahasa inggeris . seterusnya, saya akan menggunakan bahasa jiwa bangsa, bahasa melayu . 

hari ni, myra balik rumah . mestilaa klau tak takkan la boleh post untuk korang .-,- myra balik naik ktm . dan myra dan kawan myra masuk kat dalam gerabak wanita . cehh, nak gune bm sangat . -,- ahh, okay . pastu kat dlam train tu ramai giler ar wanita-wanita muslimah yg mmg  pakai tudung labuh . myra just perhatikan je diorang ni . malangnya, myra bukan mcam diorang . astaghfirullahalazim . kadang-kadang myra terpikir bile myra nak start anjakan paradigma ni ? ya, memang kita mengaku kita islam . tapi adakah sempuna ? adakah kita mengikut syariat yang ditetapkan ? pastu myra terpandang dekat sorang hamba Allah ni . dia tak pakai tudung dan juga dia telah bersuami dan mempunyai dua orang anak . suami dia berada didalam gerabak wanita tu .  

bukan myra beniat nak kutuk dia, tapi myra terfikir . apa perasaan dia dikerumun dengan perempuan yang pakai tudung labuh tapi dia sorang je yang tak sempurna . dan perasaan suami dia kerana isteri dia tidak bertudung dan dikelilingi mereka yang bertudung . dan juga anak-anak mereka . kemungkinan timbul pertanyaan didalam fikiran mereka tentang mengapa ibu mereka tidak seperti wanita yang lain ?

 satu benda lagi yang myra sangat hormat dengan mereka yang betudung labuh ni, ketika dalam perjalanan mereka tidak membuang masa . di tangan mereka sentiasa ada tafsir dan juga buku ilmiah . kebanyakkan mereka yang lain hanya membuang masa dengan tidur, telefon bimbit ataupun mendengar mp3 . 

tetapi, cikgu sekolah myra pesan . setiap oang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing . diceritakan kepada kami pengalaman beliau bersama orang bertudung labuh . ketika didalam bas, beliau bersama rakannya bergelak ketawa . dan katanya ade seorang wanita betudung labuh berkata "ehh, macam bohsia laa !" 

kata beliau, kita tidak boleh menilai seseorang itu melalui paras atau luarannya sahaja . tapi nilailah dari jauh disudut hati . mungkin pada penilaian kita bertentangan dari kebenaran . semua orang mempunyai kelemahan diri masing-masing kerana kita makhluk Allah yang tak sempurna . tetapi, kita wajib jalankan tanggungjawabnya dengan sempurna . 

bila sampai di destinasi yang terakhir,myra dijemput oleh ayah myra . di dalam kereta, disebabkan bnyak lagu cina yang dikeudarakan, myra menukar ke siaran ikim fm . slot nurani sedang diudarakan . seorang ustaz bercerita, ada seorang lelaki bernama Carlos . dia seorang kristian . dia sangat mencintai jesus dan ingin mencari kebenaran . pada satu malam, dia bermimpi datang satu cahaya yang terang dan dingin . tiba-tiba ada satu suara berkata, "carlos, jika engkau ingin mencari kebenaran, jadilah seorang muslim ." carlos terjaga dan beranggapan bahawa mimpi itu hanya mainan tidur . pada malam yang berikutnya, dia bermimpi yang sama . tetapi cahaya itu lebih terang dan lebih dingin dan suara itu lebih keras berkata, "Carlos, jika engkau benar-benar mahu mencari kebenaran, jadilah seorang muslim !" Carlos terjaga dan menggigil . 

kemudian, Calos ke masjid dan berceritakan masalahnya kepada imam di masjid itu . Imam itu pun berkata, "baiklah, jika engkau ingin menjadi muslim, engkau mesti menunaikan solat . kerana solat itu tunggak utama islam ." "tetapi aku tidak tahu ." jawab Carlos . "tidak mengapa, duduk  dibelakang aku bersama yang lain dan ikut perbuatanku ." pada awalnya, Carlos berasa kekok tetapi pada rakaat yang ketiga, solatnya telah menjadi sempurna . selesai imam memberi salam, imam perasan Calos masih lagi sujud . dikhuatiri Carlos tidak sedar bahawa solat telah berakhir, imam itu menegur, "Carlos, solat kita telah berakhir ." disedari Carlos tidak berganjak dari kedudukannya . imam menyentuh Carlos dan tubuh itu terkujur layu .

Carlos menghadap Ilahi pada sujudnya yang terakhir dalam solatnya yang pertama sepanjang hayatnya . SubhanaAllah . jika Allah menghendaki sesuatu, maka jadilah . Carlos, dikebumikan sebagai seorang islam . Alhamdulillah, dia sempat menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang islam walaupun hanya sekali . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman . 

selesai sahaja mendengar cerita ustaz tersebut, myra dan ayah myra menitiskan air mata . Ya Allah, betapa hina dan kerdilnya diri ini, Ya Allah . kita sebagai manusia yang dilahirkan dalam islam dan kehidupan islam seharusnya bersyukur dan tunaikan amanah kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah . Semoga kita dijauhi daripada godaan dajjal, syaitan, azab api neraka, azab kubur, kesedihan dan hutang yang melampau . dan semoga kita mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat . In sha Allah . :')

Hamba Allah, 
Nurul Amira Zulaiqa binti Mohd Zuhapri + Razilah .

FUTURE
PAST